Friday, May 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi kemahiran kepakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPM Negeri Perak) mengeratkan lagi kerjasama dan perkongsian kemahiran serta kepakaran di antara kedua-dua buah persekutuan menerusi penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua belah pihak dalam Majlis Menandatangani Memorandum yang berlangsung di Bilik Persidangan, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Jalan Gadong, hari ini.

    Hadir menyaksikan penandatangan MoU berkenaan ialah Yang Dipertua PPNBD, Haji Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba. Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Pegakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, pesuruhjaya pengakap daerah, ketua pegawai eksekutif pengakap, pegawai eksekutif pengakap, pemimpin-pemimpin pengakap dan penolong-penolong pemimpin pengakap.

    Sementara itu, hadir daripada pihak PPM ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPM, Mejar Jeneral (B) Profesor Datuk Dr Mohd Zin bin Bidin, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPM, Haji Nasaruddin bin Haji Shamsuddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPM Negeri Perak, Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid dan beberapa orang pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap PPM Negeri Perak.

    Di majlis berkenaan, menandatangani MoU bagi pihak PPNBD ialah Haji Awang Badar dan bagi PPM Negeri Perak ialah Haji Ahmad Azam Shah.

    Menerusi MoU berkenaan, PPNBD dan PPM Negeri Perak berminat untuk bekerjasama dengan menggabungkan sumber yang ada dan yang bakal diperoleh melalui kepakaran dan kemahiran masing-masing untuk kepentingan bersama di dalam bidang yang diterokai bersama terutama dalam aspek kepengakapan.

    Di samping itu, PPNBD dan PPM Negeri Perak akan turut bekerjasama dalam hal yang berkaitan latihan kepengakapan serta pertukaran program di bawah seliaan kedua-dua pihak yang terlibat.

    Melalui MoU itu, kedua-dua pihak merekodkan dasar-dasar persefahaman dan menyatakan bidang-bidang kerjasama yang akan dilaksanakan.

    Ia bertujuan untuk mengadakan kerjasama dalam aspek pertukaran pelajar dan pemimpin pengakap dari PPNBD dan PPM Negeri Perak, mengadakan kerjasama dalam program latihan kepengakapan dan program pembangunan modal insan serta mengadakan pelbagai program yang berkaitan kepengakapan atau di luar bidang kepengakapan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak bagi tujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran di kalangan ahli pengakap dan pemimpin pengakap masing-masing.

    Memorandum itu juga bertujuan untuk mengadakan usaha sama dalam bentuk pertukaran program dewasa atau pelajar di kalangan PPNBD dan PPM Negeri Perak bagi tujuan meningkatkan kemajuan, kemahiran dan pembangunan kepengakapan di kalangan pihak-pihak yang terlibat serta mengadakan usaha sama dalam bentuk perkongsian maklumat dan pendedahan di dalam bidang kepengakapan yang dijangka akan dapat memberikan manfaat kepada PPNBD dan PPM Negeri Perak.

    Haji Awang Badar (kiri) dan Haji Ahmad Azam Shah (kanan) bertukar-tujar dokumen selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman yang berlangsung di Bilik Persidangan, Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Jalan Gadong, kelmarin.
    Pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap kedua-dua buah negara bergambar ramai pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/