Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Seramai 265 orang anak yatim, saudara baharu, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas dari Mukim Mentiri telah diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.
Majlis yang diadakan buat kali ke-12 itu juga menyaksikan penyerahan sumbangan derma yang berlangsung di D.Masjefree, Kampung Mentiri dengan menumpukan kepada penduduk Kampung Batu Marang, Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor Mengkubau, Perpindahan Mentiri dan Tanah Jambu.
Hadir pada majlis tersebut dan seterusnya menyerahkan sumbangan kepada para penerima ialah Pengarah Urusan D.Masjefree Sdn Bhd, Awang Sahbudeen bin Mohd Jameel dan Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Jaafar.
Dengan adanya sumbangan berkenaan, ia sedikit sebanyak dapat berkongsi kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.
