Wednesday, April 30, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi kepentingan perlindungan takaful

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Dengan permulaan penggal persekolahan baharu, Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) secara aktif telah mengunjungi sekolah-sekolah untuk menyampaikan taklimat kepada guru-guru, pelajar dan ibu bapa mengenai kepentingan perlindungan takaful.

    Diadakan sebagai pengenalan kepada perancangan kewangan Islam, taklimat berkenaan dijalankan oleh perancang kewangan Islam diperakui TBK di empat buah sekolah, hari ini, yang termasuk Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Sekolah Menengah Katok dan Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali. Menurut kenyataan yang dikeluarkan TBK, pada tahun ini, lebih 11,000 orang pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi telah dilindungi oleh pelan perlindungan Student Group Term-Life TBK.

    Kenyataan menjelaskan, pelan berkenaan memberikan perlindungan 24 jam di seluruh dunia bagi kematian dan kecacatan kekal disebabkan penyakit atau kemalangan, perbelanjaan perubatan disebabkan kemalangan dan elaun hospital.

    TBK juga menyediakan Takaful Pendidikan, pelan perlindungan dan menabung bagi ibu bapa untuk menyimpan bagi masa depan pendidikan anak-anak mereka, dan TBK Student Care bagi pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar Negara.

    Wakil TBK ketika menyampaikan taklimat di salah sebuah sekolah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda