Sunday, February 9, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi kesedaran tentang katarak dan buta

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 3 OGOS – Bagi mendidik warga emas dan penduduk sekitar tentang tanda-tanda dan kesan negatif penyakit katarak yang boleh menyebabkan buta, sekumpulan pelajar perubatan ‘Permata’ Universiti Brunei Darussalam (UDB) telah mengadakan jerayawara di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan, baru-baru ini.

    Ia dijalankan dengan sokongan daripada Pusat Promosi Kesihatan di Kementerian Kesihatan dan Pusat Mata Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Warga emas yang hadir dapat mengambil bahagian dalam pemeriksaan mata, perubatan asas dan penerangan informatif daripada pelajar dan wakil dari Pusat Mata.

    Wakil dari ‘Permata’, Dayang Nur Izzah Insyirah binti Mohammad Zin menjelaskan bahawa jerayawara itu merupakan sebahagian daripada projek semester berterusan kumpulan tersebut bagi meningkatkan kesedaran dan mengumpul data mengenai katarak dan buta.

    Sebelum ini, kumpulan itu telah mengadakan jerayawara yang sama bagi Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara serta merancang untuk menganjurkannya lagi.

    Antara peserta yang mengambil bahagian pada majlis berkenaan. – Gambar oleh Daniel Lim
    Gambar oleh Daniel Lim
    Gambar oleh Daniel Lim

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda