Sunday, November 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi manfaat pemakanan sihat

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Usaha terus dilaksanakan untuk menyemai tabiat dan amalan pemakanan sihat dalam kalangan murid dengan Sekolah Chung Hwa Kiudang mengadakan ceramah pemakanan bagi murid-murid tadika dan rendah yang berlangsung di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Ceramah itu dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu pakar kanak-kanak dari Chua and Arif Clinic, Dr Maria Angelica Gala-Balen. Ceramah itu turut dihadiri oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Loo Shee Yun.

    Dalam ceramah berkenaan, para murid diberikan penerangan mengenai Eat a Rainbow, di mana ia menumpukan kepada manfaat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan kanak-kanak.

    Sementara itu, bagi murid-murid rendah pula, mereka diberikan penerangan mengenai tabiat sihat.

    Murid sekolah mendengar ceramah pemakanan sihat, baru-baru ini.
    Dr Maria Angelica Gala-Balen memberikan penerangan semasa menyampaikan ceramah di Sekolah Chung Hwa Kiudang, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda