Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi pelaksanaan kurikulum baharu pendidikan Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Lebih 170 ketua guru agama serta guru mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 bagi sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta di seluruh negara telah menghadiri sesi Sosialisasi Pelaksanaan Kurikulum Baharu Pendidikan Islam Tahun 2 (2025) yang diadakan selama dua hari dari 26 hingga 27 November di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok.

    Antara pengisian sesi sosialisasi berkenaan ialah taklimat yang disampaikan bersama oleh Ketua Unit Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Manaf dan Ketua Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Johar bin Haji Jumat serta beberapa pegawai dari Bahagian Kurikulum, JPI.

    Taklimat antara lain bertujuan mengongsikan maklumat mengenai pelaksanaan kurikulum baharu mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 selaras dengan perancangan pelaksanaan pengintegrasian mata pelajaran agama ke dalam Sistem Pendidikan Umum.

    Sesi sosialisasi anjuran JPI, KHEU dengan kerjasama Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan itu turut dihadiri oleh ketua-ketua kluster dari Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan serta para pegawai kanan dari JPI.

    Sesi taklimat yang berlangsung di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara yang hadir pada sesi tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda