Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi pelan strategik lima tahun PB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Politeknik Brunei (PB), baru-baru ini, telah mengadakan sesi retreat yang berlangsung selama dua pada 27 dan 29 Julai di Hotel Starlodge, Jerudong.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PB, sesi berkenaan bertujuan bagi perancangan Strategik Politeknik Brunei dikenali sebagai Pelan Pembangunan Lima Tahun Politeknik Brunei 2015-2020 (FYDP).

    Sesi anjuran PB melalui Unit Pengurusan Strategik itu telah dihadiri oleh pengarah, penolong pengarah, pemangku penolong pengarah dan pendaftar, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua sekolah dan pegawai-pegawai PB.

    Turut hadir pada sesi berkenaan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh selaku pengerusi Lembaga Pengarah PB; Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw selaku timbalan pengerusi Lembaga Pengelola PB; ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman selaku presiden PUJA; dan ahli Lembaga Pengelola PB dan Pemangku Penolong Pengarah IBE, Awang Subandi bin Haji Khamis.

    Kenyataan menyatakan, pada tahun ini fokus-fokus utama Pengurusan Strategik PB adalah untuk meneruskan pelaksanaan secara berterusan strategi-strategi di bawah FYDP dan seterusnya menyediakan pelan strategik lima tahun seterusnya yang telah pun bermula pada Jun 2019 dan dijangkakan memakan masa selama setahun.

    Antara objektif-objektif utama sesi retreat berkenaan adalah untuk mengongsikan perkembangan Wawasan 2035 dan pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022 dan meneliti perkembangan dan perlaksanaan FYDP PB 2015-2020 dengan memfokuskan kepada strategi-strategi yang memerlukan perhatian.

    Selain itu, mengongsikan kerangka Penyediaan Pelan Pembangunan Lima Tahun Politeknik ke-2 iaitu bagi tahun 2021-2025, mengadakan bengkel bagi mendapatkan input perancangan strategik daripada para peserta berkaitan dengan PB Institutional Review; Review of Mission, Vision and Values; Identification of Strategic Focus Areas; dan Stakeholder mapping.

    Sesi berkenaan juga berobjektif sebagai pembangunan kapasiti dalam pengurusan strategik bagi peserta dan jua ahli-ahli jawatankuasa yang terpilih dalam FYDP ke-2.

    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty dan Awang Subandi bergambar ramai pada sesi retreat itu.
    Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah semasa menyampaikan ucapannya pada sesi retreat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda