Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi pengalaman indah

    Pengalaman mengerjakan haji adalah paling indah dan menyentuh hati pelakon terkenal Erra Fazira.

    Erra, 45, yang pulang ke tanah air pada 20 Ogos lalu berkata, pergi ke Mekah mengerjakan haji adalah impiannya dan apabila berada di sana ia sangat menyentuh hatinya. “Saya hanya buat yang terbaik dan berharap ia diterima dan mendapat haji mabrur,” katanya.

    Mengenai doa, Erra berkata, ia lebih banyak kepada berdoa kebaikan dunia dan akhirat. “Nama pun doa, jadi kena rahsia. Tapi, secara keseluruhannya tentu saja untuk kebaikan di dunia akhirat. Tentu saja kita kejar dunia tapi akhirat adalah matlamat kita. Jadi saya nak seimbangkan,” katanya.

    Erra berkata, dia juga tidak kisah jika ada yang memanggilnya hajah ketika ini. Menurut Erra, dia menerima nasihat daripada mutawwif supaya tidak menolak panggilan itu.

    “Sejujurnya, pada awalnya tentu saya berasa kekok dan minta panggil biasa saja. Tapi, saya dinasihatkan oleh ustaz yang menjadi mutawwif di sana tidak menolak atau pesan pada orang jangan panggil hajah. Itu sesuatu yang tak baik. Jadi, saya dengar nasihat itu dan terima jika ada yang panggil hajah,” katanya. – Agensi

    Erra juga tidak kisah jika ada yang memanggilnya hajjah ketika ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda