Oleh Nurdiyanah R.
Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi Kanada di Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JUN – Dalam hasrat untuk sama-sama memeriahkan Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2023, Kanada turut tidak ketinggalan dalam menyertai pengisian acara di bawah Simposium Sustaining Marine Biodiversity Through Blue Economy pada 8 Jun ini.
Pada majlis itu nanti, Ketua Penguatkuasaan Antarabangsa Pemuliharaan dan Perlindungan, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Perikanan Kanada, Sean Wheeler akan mewakili Kanada bagi menyampaikan ceramah berkisar usaha dan perkongsian Kanada dalam memerangi penangkapan ikan secara haram.
Beliau bakal membuat pembentangan pada sesi ketiga iaitu Sustainable Fisheries and Aquaculture: Enhancing Marine Biodiversity and Economic Development.
Di samping itu, Sean akan turut mengongsikan pelbagai pengalaman dan pengetahuan antara lain mengenai isu perikanan tidak sah, tidak dikawal dan tidak berlesen
(IUU) dan bagaimana Kanada mengendalikan program seperti pengesanan kapal gelap berfungsi untuk mengesan IUU.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Tinggi Kanada di Bandar Seri Begawan turut merakamkan terima kasih kepada Jabatan Perikanan Brunei atas segala usaha dan pencapaian penganjuran simposium tersebut.



