Khamis, November 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kongsi pengalaman pengajian di Brunei’

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDRA SERI BEGAWAN, 18 NOV – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah menerima kunjungan hormat daripada Dr Feim Dragusha dari Kosovo, kelmarin.

    Semasa kunjungan, Dr Feim Dragusha turut berkesempatan menyampaikan sesi kongsi sama Ilmiah bertajuk Pengalaman Pengajian di Brunei dan Kerjaya di Switzerland.

    Sesi kongsi sama berkenaan secara tidak langsung memberi peluang kepada warga KUPU SB khasnya para mahasiswa-mahasiswi berinteraksi dan berkongsi pandangan berkaitan pengalaman beliau yang pernah menuntut di Universiti Brunei Darussalam sebelum ini, di samping usaha perkembangan kerjaya dan dakwah beliau di Eropah.

    Hadir sama dalam sesi kongsi sama berkenaan, Pemangku Timbalan Ra’es, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha.

    Turut hadir, Penolong Ra’es (Hal Ehwal Akademik), Dr Norasimah binti Haji Omar; Pengarah Pusat Antarabangsa dan Perhubungan Awam, Awang Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa; pegawai dan kakitangan serta mahasiswa-mahasiswi KUPU SB.

    Dr Haji Abang Hadzmin dan Dr Feim Dragusha semasa sesi kongsi sama ilmiah. – GAMBAR SERAHAN KUPU SB
    GAMBAR SERAHAN KUPU SB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda