Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi pengalaman pengurusan acara bersama pelajar LCB

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Dalam usaha untuk memberi kefahaman lebih mendalam tentang bidang pengurusan acara di negara ini kepada para pelajar, Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) telah mengadakan seminar mengenainya, kelmarin.

    Hadir bagi mengongsikan pengalaman selama tujuh tahun dalam mengendalikan acara bagi pertubuhan bukan kerajaan di negara ini ialah Dayang Aspadiyah binti Mohd Sah yang juga pengasas dan mentor Rangkaian Profesional Muda Brunei.

    Semasa seminar yang dihadiri oleh pelajar Tahap 3 Hospitaliti dan pelajar Sarjana Muda dalam Pengurusan Pe-lancongan Antarabangsa itu, Dayang Aspadiyah menekankan akan kepentingan komunikasi terutamanya dalam bidang pengurusan acara.

    Di samping itu, beliau turut menggariskan kepentingan lainnya seperti cadangan yang mana boleh membantu memudahkan mendapatkan penaja yang berpotensi dalam menjayakan sesuatu acara dan dengan adanya cadangan yang teratur dan kuat ia sudah semestinya membolehkan pengurus acara untuk meyakinkan dan menjalin kerjasama bersama para penaja.

    Sebelum acara berakhir, sesi soal jawab turut dibukakan di mana para pelajar berpeluang untuk membangkitkan soalan.

    Dayang Aspadiyah mengongsikan pengalamannya selama tujuh tahuh dalam bidang pengurusan acara di negara ini bersama pelajar LCB.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda