Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi perkembangan akademik pelajar

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 15 JUN – Bagi berkongsi kemajuan dan perkembangan akademik anak-anak, Sekolah Chung Hwa Kiudang telah mengadakan sesi perjumpaan ibu bapa dan guru (PTM) di dewan mini sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Sesi itu melibatkan pertemuan ibu bapa bersama guru untuk membincangkan kemajuan pelajar serta cara-cara penambahbaikan berdasarkan slip keputusan anak-anak mereka sepanjang lima bulan awal tahun ini.

    PTM selalu menjadi kaedah terbaik untuk ibu bapa dan guru saling berhubung mengenai sikap, keperluan dan strategi untuk menyokong pembelajaran anak-anak mereka dan berfungsi sebagai forum bagi kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan hasil yang positif daripada pelajar, ibu bapa dan sekolah amnya.

    mini
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda