BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), baru-baru ini, telah mengadakan sesi perbincangan terbuka istimewa di antara cendekiawan syariah global terkemuka, Datuk Dr Mohd Daud Bakar dengan kakitangan bank berkenaan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, sesi itu diadakan bagi meningkatkan lagi pemahaman kakitangan mengenai kewangan Islam di samping mengikuti perkembangan-perkembangan baru