Tuesday, January 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi teknik penjagaan rambut moden

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Bank Baiduri terus memberi pengalaman gaya hidup eksklusif dengan acara pilihan untuk pelanggan Baiduri Prestige, baru-baru ini.

    Acara ‘Membuka Kunci Rahsia Rambut Hebat dan Penjagaan Kulit Kepala’ dengan kerjasama IA Salon itu menggabungkan kemewahan dan kepakaran, menawarkan petua tentang trend dan teknik terkini dalam penjagaan rambut dan kulit kepala.

    IA Salon telah menjemput Abigail Ching Pau Ying, pakar rambut dari Elle Hair Academy, Malaysia, untuk berkongsi pengetahuan dan pengalamannya, memberikan tumpuan kepada teknik dan inovasi penjagaan rambut moden.

    Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong berkata, “Baiduri Prestige adalah lebih daripada perbankan, ia mengenai mencipta pengalaman yang sesuai dengan gaya hidup ahli kami.”

    “Kami mahu menawarkan lebih banyak nilai melalui peluang yang dipilih dengan teliti untuk pembelajaran, rangkaian dan pengayaan peribadi,” jelasnya.

    Acara itu turut menyediakan platform untuk pelanggan bertemu dengan pakar perundingan sambil menikmati minuman dari Senja, selain peluang berhubung dengan pengurus-pengurus perhubungan Baiduri Prestige.

    Kerjasama itu dilengkapkan dengan promosi eksklusif yang berterusan untuk pemegang Kad Kredit Baiduri Prestige Visa Infinite, yang boleh menikmati diskaun 20 peratus untuk perkhidmatan di IA Salon, Kota Batu, sehingga 21 Oktober 2026.

    Bank Baiduri kekal komited untuk meningkatkan pengalaman prestij melalui kerjasama dan acara yang mencerminkan minat dan aspirasi ahlinya.

    Untuk maklumat lanjut tentang Baiduri Prestige dan rangkaian tawaran eksklusif Bank, layari www.baiduri.com atau hubungi Talian Bantuan Pelanggan 24 jam Bank Baiduri di 244 9666.

    Gambar ramai semasa acara yang dianjurkan Bank Baiduri baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    Abigail Ching berkongsi teknik dan trend penjagaan rambut dan kulit kepala pada sesi tersebut. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    Abigail Ching menunjukkan teknik gaya rambut pada salah seorang pelanggan Baiduri Prestige. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda