Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi tip membesarkan anak

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 31 MEI – Persatuan Foochow Belait dengan kerjasama BSC Berhad, baru-baru ini, telah menganjurkan ceramah yang memfokuskan kepada tip keibubapaan untuk kanak-kanak.

    Pengerusi persatuan berkenaan, Tan Tei Tei bersama ahli-ahli jawatankuasa, ahli-ahli dan keluarga menghadiri ceramah berkenaan yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari BSC Berhad, Leong Ting Ting.

    Secara khusus, beliau menyentuh dua topik iaitu bagaimana ibu bapa menangani ketagihan peranti mudah alih dalam kalangan kanak-kanak dan komunikasi tanpa halangan antara ibu bapa dan anak.

    Bercakap pada ceramah itu, salah seorang ahli jawatankuasa persatuan, Jackson Wong menekankan kepentingan keibubapaan dan bagaimana tidak mudah memastikan pertumbuhan kanak-kanak dengan peningkatan penggunaan teknologi.

    “Saya berharap topik yang dibincangkan akan membantu memberikan gambaran yang lebih baik tentang tip yang boleh diterima pakai oleh ibu bapa dan anak-anak untuk mewujudkan persekitaran yang sihat bagi kanak-kanak membesar dan berkembang,” ujarnya.

    Antara tip dan petua yang dibincangkan termasuk membentuk tabiat sihat pada usia awal, mencipta permainan yang menyeronokkan dan menarik yang tidak tertumpu pada peranti mudah alih, untuk berdisiplin tetapi mengambil berat dalam mengimbangi kebahagiaan dan keperluan anak.

    Ceramah disampaikan oleh Leong Ting Ting dari BSC Berhad.
    Antara yang menghadiri ceramah berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda