Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsep diri cemerlang

    (Bahagian Satu)

    SELEPAS anda berjaya memadamkan konsep diri negatif yang mengekang kejayaan anda selama ini, anda perlu mencipta identiti baru yang cemerlang. Anda perlu melihat diri anda sebagai seorang yang hebat dan mampu merealisasikan impian anda itu. Oleh itu, bagaimana cara melakukannya? Di sini ada lima langkah bagi mencipta dan memperkasa konsep diri cemerlang dalam diri kita.

    Lima langkah mencipta konsep diri cemerlang

    1-Menentukan konsep diri cemerlang yang diingini

    Sudah pasti anda mahu melipatgandakan kemampuan dan kejayaan diri anda. Sudah pasti anda mahukan kerjaya yang lebih baik, keluarga yang lebih menyayangi, kejiranan yang lebih meriah, jiwa yang lebih damai, bahkan kehidupan yang lebih membahagiakan. Itu dinamakan cita-cita dan impian.

    Katakan sekarang anda sudah mempunyai serba sedikit idea berkenaan matlamat masa hadapan anda dan senaraikan lima matlamat yang anda mahu capai pada masa akan datang. Kemudian lihat matlamat anda itu. Fikirkan secara mendalam. Tanyakan soalan ini, apakah konsep diri yang dapat membantu merealisasikan impian-impian ini? Bagaimanakah anda perlu melihat diri anda? Apakah identiti diri yang sepatutnya menjadi pegangan anda?

    2-Terokai konsep diri cemerlang

    Selepas anda dapat mengenal pasti ‘identiti baru’ yang mahu anda miliki, anda perlu meneroka ke dalam identiti itu. Dalam erti kata yang lain, anda perlu benar-benar memahami elemen yang membentuk konsep diri itu. Contohnya, Fetri mahu melihat dirinya sebagai seorang yang mampu berucap dan membentangkan idea dengan yakin. Dalam dialog minda ia berbunyi begini, “Saya adalah seorang yang sangat yakin semasa berucap.”

    Kini apa yang perlu Fetri lakukan adalah, dia mesti memahami konsep diri seorang yang ‘yakin semasa berucap’. Apakah elemen, komponen, kemahiran, persiapan, ilmu, kelengkapan dan apa sahaja yang diperlukan bagi memiliki konsep diri seorang yang ‘yakin semasa berucap’? Bagi memahami persoalan ini, Fetri perlu meneroka ke dalam konsep diri itu.

    Sudah pasti anda mahu melipatgandakan kemampuan dan kejayaan diri anda. Sudah pasti anda mahukan kerjaya yang lebih baik, keluarga yang lebih menyayangi, kejiranan yang lebih meriah, jiwa yang lebih damai, bahkan kehidupan yang lebih membahagiakan. Itu dinamakan cita-cita dan impian.
    Teknik cermin diri adalah satu teknik yang ringkas tetapi begitu berkuasa dalam membina konsep diri cemerlang. Apakah yang anda perlu lakukan adalah, meluangkan masa 10 minit setiap malam, sebelum anda masuk tidur. Berdiri di hadapan cermin dengan menghadap wajah dan badan sendiri. Pandang tepat ke anak mata anda dan sebutkan kata-kata memperkasa konsep diri anda.

    Kaedah yang biasa adalah dengan mendapatkan pengetahuan berkenaan perkara itu. Dapatkan buku, hadiri seminar, dapatkan khidmat nasihat adalah cara yang mudah bagi memahami sesuatu perubahan yang kita mahu lakukan di dalam hidup ini. Selain daripada itu, ada satu perkara yang sangat berkuasa sekiranya kita mahu memahami dan menanamkan konsep diri yang positif iaitu dengan memiliki jaringan sosial yang supportive.

    Membina jaringan sosial yang supportive bererti membina lingkungan yang dapat membantu kita memiliki konsep diri cemerlang. Konsep diri sangat dipengaruhi oleh komen, pendapat dan kritikan daripada orang di sekeliling kita. Sekiranya apa yang diungkapkan itu mencetuskan konsep diri yang positif, maka kita akan cenderung melihat diri kita dari perspektif yang positif dan begitulah juga sebaliknya.

    Oleh itu, bagaimanakah cara membina jaringan sosial yang supportive. Pertama sekali, lihat semula konsep diri cemerlang yang anda mahu itu. Kemudian fikirkan, siapakah yang memiliki konsep diri sebegini? Kelompok manakah yang melihat diri mereka sebegini? Senaraikan dan buat pilihan yang paling sesuai untuk anda dekati. Kemudian, anda tentukan strategi bagi ‘merapati’ mereka. Ada banyak cara, antaranya adalah:

    -Menghadiri pesta, pameran, konvensyen, perhimpunan yang biasa disertai oleh mereka.

    -Menyertai seminar dan kursus yang dianjurkan ataupun yang dihadiri oleh mereka.

    -Menyertai pertubuhan, kelab, persatuan yang disertai oleh mereka.

    -Bersama mereka dalam jaringan Internet seperti blog, facebook, Twitter dan lain-lain.

    -Berada dalam senarai e-mel mereka (sekiranya ada).

    -Meminta kebenaran bagi mengikuti mereka dan mempelajari secara langsung.

    Melalu jaringan supportive, anda dapat mendalami apakah hakikat konsep diri yang anda mahu miliki itu. Anda mampu mendapatkannya daripada pemerhatian sendiri, ataupun sekiranya ada rezeki, melalui proses mentor yang lebih efektif dan berkesan. Dengan memahami elemen dalam konsep diri itu, maka anda mampu menyemaikannya ke dalam sistem diri anda dengan lebih berkesan dan pantas.

    3-Bergabung dengan konsep diri cemerlang

    Langkah ini sebenarnya bergerak seiring dengan langkah kedua. Ada kalanya anda dapat lakukan langkah ini terlebih dahulu, terpulang kepada kesesuaian. Dalam langkah ini, anda perlu ‘memasukan’ konsep diri cemerlang ke dalam identiti anda dan siapa diri anda yang sebenarnya. Anda perlu bergabung dengan identiti anda yang baru dan menjadi sebahagian daripada anda.

    Begitu juga dengan konsep diri. Anda perlu ‘bergabung’ dengannya dan menjadi orang yang baru. Bagaimana bergabung denagn konsep diri cemerlang seperti yang anda mahukan? Di sini ada tiga teknik iaitu:

    Teknik 1: Teknik kehebatan silam

    Ini adalah salah satu lagi teknik bagi membantu anda mencipta konsep diri baru dalam diri anda. Caranya dengan menganalisis pengalaman lalu, mentafsirkan semula dan membenarkan konsep diri cemerlang yang ada dalam pengalaman lalu yang gagal dilihat oleh kita sebelum ini.

    Pertama sekali, anda perlu menyenaraikan kejayaan, pencapaian, penyempurnaan dan apa sahaja kebaikan yang berlaku dalam tahap-tahap tertentu dalam hidup kita. Tidak kira kejayaan itu bersifat personal, spiritual, emosional, kewangan, kekeluargaan, kemasyarakatan, akademik, kemanusiaan ataupun apa sahaja. Asalkan perkara itu baik dan memberikan kebaikan. Perkara itu seperti perbuatan yang biasa-biasa seperti menolong anak kucing yang lemas, mendapat nombor lima di dalam kelas selepas mendapat nombor 23 sebelum itu, menyiapkan kertas cadangan untuk syarikat dari Jepun, menjaga ibu selama sebulan di hospital, menolak pelawaan rakan yang mengajak anda menghisap rokok, menderma sebahagian duit kepada tabung kebakaran, menolak pelawaan rasuah dan pelbagai lagi.

    Teknik 2: Teknik cermin diri

    Teknik ini adalah satu teknik yang ringkas, tetapi begitu berkuasa. Apakah yang anda perlu lakukan adalah, meluangkan masa 10 minit setiap malam, sebelum anda masuk tidur. Berdiri di hadapan cermin, dengan menghadap wajah dan badan sendiri. Pandang tepat ke anak mata anda dan sebutkan kata-kata memperkasa konsep diri berdasarkan elemen itu:

    Apakah kejayaan anda sebelum ini ataupun hari ini dari segi akademik, kerjaya, keluarga, keagamaan, personal, kesihatan, fizikal, spiritual, ataupun emosional?

    Apakah komitmen/rutin/disiplin yang anda berjaya laksanakan seperti bersenam, solat berjemaah, membaca Al-Quran, membaca buku, berbual dengan keluarga, mengemas rumah dan sebagainya?

    Apakah keinginan nafsu yang berjaya anda atasi seperti makan berlebihan, mengumpat, tidur berlebihan, mencaci, mencarut, marah-marah, merajuk, berlaku curang, pergaulan bebas, berfoya-foya, membazir, buang masa dan pelbagai lagi. Contohnya seperti ini:

    (Nama anda sendiri), saya mahu memberikan penghargaan kepada kamu kerana kamu bangun seawal 4 pagi bagi bertahajud dan membaca Al-Quran. Kamu juga berjaya datang awal ke tempat kerja dan menyiapkan semua tugasan dengan sempurna. Kamu menepati masa semua janji temu. (Sebutkan sehingga anda dapat mendengar suara anda sendiri).

    Anda juga dapat tukarkan dalam bentuk doa dan bacakan selepas solat sunat Taubat sebelum tidur. Anda berbual mesra dengan anak dan isteri. Anda solat tepat pada masanya, bahkan secara berjemaah. Anda mengendalikan menyuarat dengan penuh tenaga dan berjaya merangsang idea daripada ahli mesyuarat yang lain.

    (Nama anda sendiri), hari ini saya sudah membuktikan bahawa diri saya penuh dengan penuh disiplin, bersungguh-sungguh, kepemimpinan dan daya fikir yang cemerlang dan ini adalah petanda saya akan menggapai kejayaan yang hebat suatu hari nanti. Oh, ya, saya juga mempunyai kuasa kawalan diri yang bertambah baik apabila saya berjaya memilih makanan yang rendah lemak, padahal tadi ada lauk gulai lemak dan ayam goreng yang saya sangat gemari.

    Saya juga berjaya katakan tidak kepada minuman berkarbonat dan menggantikannya dengan air mineral. Bahkan saya tidak berkata kasar semasa ada kereta yang memotong kereta kamu secara berbahaya tadi. Saya sememangnya mempunyai kuasa kawalan diri yang berkesan! Tahniah (nama anda sendiri)!, Saya sayangkan kamu!

    Lakukan secara konsisten selama 40 hari berterusan, kemudian terpulanglah kepada anda sama ada mahu meneruskannya ataupun berhenti. Namun, sekiranya anda berasa lebih yakin dan bertenaga, mengapa harus dihentikan, bukankah begitu?

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda