KONSEP kendiri ialah persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.
Jenis-jenis konsep kendiri
Konsep kendiri seseorang boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif, seperti mana dinyatakan berikut:
1) Konsep kendiri positif
-Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang.
-Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran.
-Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan.
-Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka.

-Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri.
-Berasa bangga diri sendiri dan berani mencuba.
-Mudah bersosialisasi dengan orang lain.
-Mudah diterima oleh orang lain.
-Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain.
-Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri.
-Optimistik dan sentiasa riang dan gembira dalam apa-apa situasi.
-Sentiasa menerima pujian, kasih sayang, pertolongan dan perhatian daripada keluarganya, guru, rakan sebaya dan ahli masyarakat.
2)Konsep kendiri negatif
-Sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri.
-Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain.
-Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba.
-Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain serta diri sendiri.
-Sentiasa menunjuk wajah muram dan masam muka.
-Terlalu sensitif terhadap teguran dan kiritikan daripada orang lain.
-Bersifat penakut, pemalu dan tidak sanggup bertanggungjawab.
-Tidak suka bergaul dengan orang lain dan tidak diterima oleh rakan sebaya.
-Mengalami banyak kali kegagalan daripada kejayaan.
-Kadang-kadang dikritik dan dimarahi oleh ahli keluarga, guru, murid sedarjah dan ahli masyaraka.
-Tidak suka mendengar atau menerima pendapat orang lain.
-Sukar bersosialisasi dengan orang lain dan sentiasa menjauhkan diri daripada khalayak ramai.
Manakala pembentukan konsep diri adalah berdasarkan kepada persepsi-persepsi diri dan orang lain terhadapnya, maka faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri adalah berkaitan rapat dengan sistem psikofizikal, alam sekitar dan interaksi sosial individu. Antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan konsep kendiri ialah:
-Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.
-Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah.
-Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku.
-Emosi mempengaruhi perasaan.
-Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan.
-Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya.
-Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan sebaya atau gurunya.
-Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang.