Tuesday, February 4, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Konsep Malaysia Madani boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN’

    KUALA LUMPUR, 2 FEB – Konsep Malaysia Madani yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN untuk memacu pembangunan serantau, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

    Katanya beliau percaya ASEAN madani juga boleh menjadi satu realiti jika blok serantau 10 negara dengan penduduk lebih 660 juta penduduk itu dapat memacu pertumbuhan negara masing-masing secara kolektif.

    “Malaysia Madani ini bagi saya adalah satu pengharapan dan satu doa supaya kita boleh menzahirkan sebuah Malaysia yang lebih baik. Ada juga aspek peranan hubungan kita dengan negara-negara jiran.

    “Malaysia sahaja untuk maju ke depan seorang diri mungkin tak mampu, tetapi kalau kita berkolaborasi dan bekerjasama, lihat kekuatan kita, bagaimana kita boleh memacu pertumbuhan dalam negara masing-masing secara kolektif dalam kerangka ASEAN,” katanya semasa sesi rakaman program Ruang Bicara di Bernama TV, hari ini.

    Fahmi bagaimanapun mengakui ia adalah satu cabaran yang besar memandangkan setiap negara ASEAN mempunyai keadaan yang berbeza. – Bernama

    Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika hadir bagi sesi temu bual Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda