Wednesday, March 26, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert Amy Search bertembung dengan final Piala Malaysia

    Menghitung hari bakal melangsungkan konsert solo, peminat penyanyi Datuk Amy Search bagaimanapun meminta agar acara itu ditukar pada hari lain. 

    Ia ekoran Magic First Solo Concert akan berlangsung pada hari sama dengan perlawanan akhir Piala Malaysia pada 26 April depan.

    Perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC itu bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

    Manakala konsert solo pertama Amy pula dijadualkan berlangsung di Axiata Arena yang terletak bersebelahan dengan stadium itu. 

    Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 67, bagaimanapun tenang menjawab pemintaan daripada peminatnya.

    Amy Search, penyanyi rock terkenal Malaysia. – Agensi

    Dia yang merupakan anak kelahiran Johor berkata peminat berkenaan tidak perlu menonton perlawanan berkenaan kerana kemenangan sudah pasti memihak kepada JDT.

    “Tak perlu tengok sebab dah tentu JDT menang.  Mana pernah JDT kalah,” balas Amy kepada pengikutnya itu, lapor mStar.

    Terhibur dengan perkara itu, peminat tersebut memberitahu bakal hadir menonton konsert solonya walaupun terlepas perlawanan berkenaan.

    “Terbaik Datuk. Betul juga. Baiklah saya ‘on’ konsert Amy,” tulisnya.

    Sebelum ini, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan perubahan tarikh baharu bagi aksi final Piala Malaysia yang membabitkan pertembungan JDT dan Sri Pahang.

    Badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu dalam kenyataan memaklumkan tarikh baharu aksi final itu ditetapkan pada 26 April 2025 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

    Terdahulu, Amy pula mengumumkan konsert solo pertamanya ‘Amy Search Magic First Solo Concert’ di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini selepas 44 tahun bergelar anak seni.

    Katanya konsert berkenaan akan menjadi detik penting dalam sejarah kerjaya seninya selepas lebih empat dekad berkelana dalam industri muzik. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda