Friday, November 15, 2024
33.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert Cakra diserbu peminat

    Setiap kali ada konsert Cakra Khan di Malaysia, sambutan yang diterima pastinya hebat terutama dalam kalangan peminat wanita yang tidak mahu melepaskan peluang mendengar nyanyian suara ‘husky’nya.

    Justeru, tidak hairanlah apabila Konsert Dream Collaboration Vol 4 anjuran Inspire IDN dengan kerjasama Laskar Entertainment menampilkan Cakra yang bergandingan dengan Nadeera dan Riri Moeya, di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini diserbu peminat.

    Persembahan berdurasi tiga jam yang menampilkan 17 lagu dengan iringan barisan pemuzik profesional berjaya membuatkan peminat terpaku di depan pentas dari awal hingga ke akhir.

    Cakra memulakan persembahan dengan lagu-lagu antaranya Adalah Aku, Setelah Kau Tiada, Mencari Cinta Sejati dan Kepada Hati, yang tanpa disuruh turut sama dinyanyikan oleh penonton.

    Keasyikan penonton menikmati persembahan Cakra terhenti seketika apabila menyedari kehadiran Datuk Seri Rossa, yang turut menonton di kotak VIP.

    Dia segera memberi kredit kepada Rossa dengan ungkapan yang menyentuh perasaan penonton.

    “Kalau nak tahu, Rossa yang membawa saya ke Malaysia buat pertama kali. Semuanya kerana Rossa. Tanpa beliau, mungkin saya tidak akan berada di sini.

    “Di mana ada Cakra Khan di Malaysia, di situ ada Rossa. Sampai bila-bila saya takkan lupakan itu, terima kasih Rossa,” katanya yang mendapat sorakan gemuruh penonton.

    Dia seterusnya menyambung persembahan dengan seleksi lagu-lagu cover yang sangat sesuai dengan vokalnya seperti Tenesse Whiskey, Iris, Monster, Sial dan I’m Not The Only One. – Agensi

    Cakra sempat memberikan pujian kepada Rossa semasa konsert tersebut. – www.grid.id
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda