Friday, January 3, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert Cokelat di KL dibatalkan

    Konsert kumpulan Cokelat yang dijadual berlangsung pada 7 September depan di Zepp, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan.

    Menurut mStar, perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak penganjur, Tanjak Global Services yang memaklumkan keputusan tersebut dibuat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

    “Keputusan ini dibuat atas sebab yang tidak dapat dielakkan di luar jangkaan kami.

    “Ini adalah keputusan bersama kumpulan Cokelat dan mereka telah dimaklumkan tentang perkara ini,” jelas penganjur dalam satu kenyataan media.

    Dalam masa sama pihak mereka juga memberitahu peminat boleh menebus semula pembelian tiket dengan bayaran penuh.

    Cokelat kini kembali aktif selepas sekian lama menyepi. – Detik

    “Pembeli tiket akan menerima bayaran penuh dengan kaedah pembayaran asal,” jelasnya.

    Konsert Cokelat Kembali yang diumumkan pada Jun lalu merupakan acara istimewa buat peminat kumpulan asal Indonesia selepas 12 tahun mereka berpecah.

    Kumpulan ini dianggotai oleh Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram).

    Kesemua mereka sebelum ini memilih untuk membawa haluan masing-masing dan kembali bersama sebagai sebuah kumpulan dua tahun lalu.

    Kali terakhir Cokelat hadir membuat persembahan di Malaysia adalah sekitar 14 tahun lalu dan mereka cukup dikenali dengan lagu popular Segitiga dan Karma. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda