Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert ‘Eternal Love Timeless Romance’ penuh emosi

    Suasana Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre malam Ahad berubah menjadi lautan emosi apabila penyanyi Bunga Citra Lestari mempersembahkan konsert ‘Eternal Love, Timeless Romance’ yang penuh dengan kisah cinta, kehilangan dan harapan baharu.

    Menurut laporan mStar, ketika membawakan lagu Wanita Terbahagia, Bunga atau lebih mesra disapa BCL tampil terbuka berkongsi kisah peribadi mengenai pemergian suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, yang menjadi momen paling getir dalam hidupnya.

    “Lagu Wanita Terbahagia ini, saya hadiahkan kepada arwah suami saya (Ashraf). Kehadiran Ashraf dan Noah (anak) menjadikan saya wanita bahagia. 

    “Hidup tidak seperti apa yang kita rancangkan, saat kehilangan Ashraf adalah sangat mengejutkan”.

    “Semua perancangan kami harus diganti di saat saya belum boleh melepaskan seorang partner in crimes (suami),” katanya.

    Bunga sebak ketika menyanyikan lagu 12 Tahun Terindah – Agensi

    BCL turut mengimbas kembali hidup penuh kenangan bersama Ashraf, yang menjadi inspirasi buatnya menghasilkan lagu 12 Tahun Terindah.

    “Selama 12 tahun saya dan Ashraf bersama, Perjalanan yang saya sukar untuk saya lalu, dan kehilangan Ashraf memberi saya inspirasi untuk menulis lagu ini,” ujarnya. 

    “Sewaktu kehilangan Ashraf, setiap hari saya menulis untuk melepasi proses sedih itu”.

    “Pesan saya, manfaatkan sebaiknya masa bersama orang tersayang kerana tidak akan tahu bila mereka akan tinggalkan kita,” ujarnya. 

    Namun di sebalik kedukaan yang dialami, terselit harapan dan lembaran baharu buat Bunga selepas menemui cinta baharu iaitu Tiko Aryawardhana. 

    Kata Bunga, dia bersyukur kerana Tiko menerima kehadiran keluarga arwah Ashraf dalam hidupnya.

    Lagu dan video yang saya paparkan malam ini bukan untuk menangis tetapi hanya mahu dikongsikan perjalanan hidup dan bagaimana saya membuka lembaran baru. 

    Saya berani mencuba untuk memulakan hidup baru dan kini Tiko juga ada di sini. Saya ingin kongsikan di sini yang mana suami saya mahu menerima keluarga Ashraf. 

    “Sekarang saya sudah jadi anak ummi (ibu Ashraf) dan Tiko adalah menantu ummi,” katanya.

    Dalam konsert berdurasi dua jam itu, BCL membawakan sebanyak 17 buah lagu termasuk Ingkar, Selalu Ada Di Nadimu, Memulai Kembali, Karena Ku Cinta Kau dan Cinta Sejati

    Konsert ‘Eternal Love, Timeless Romance’ turut dimeriahkan dengan penyanyi jemputan termasuk Fajar Noor, Jaclyn Victor dan Dennis Lau.- Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda