Susulan sambutan luar biasa diterima, penganjur konsert Fabio Asher Live In Kuala Lumpur terpaksa menukar lokasi di Panggung Asia, Gombak ke Megastar Arena, Viva Shopping Mall, Cheras pada 14 Oktober depan. Pengarah Urusan Relevent, Mohd Hazrin Nordin Osman berkata, pertukaran ke lokasi lebih besar bertujuan memberi peluang lebih ramai peminat penyanyi popular dari Indonesia itu