Thursday, May 8, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert Glenn Fredly di Zepp KL guna teknologi hologram

    Penyanyi mendiang Glenn Fredly mungkin sudah tiada namun karya yang ditinggalkan menjadi malar segar malah masih diminati ramai.

    Disebabkan itu, sebuah konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia bakal diadakan pada 18 Julai depan di Zepp Kuala Lumpur.

    Menurut penganjurnya, Ibram Putra berkata karya mendiang tidak pernah mati malah sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup setiap pendengarnya.

    Kata Ibram, kejayaan konsert 25 Years of Music: Holographic Performance di Beach City InternaConal Stadium, Jakarta dua tahun lalu menjadi langkah berani membawa konsert sama menggunakan hologram ke Malaysia.

    “Warisannya tak hanya hidup dalam karya, tetapi juga dalam nilai-nilai yang ia perjuangkan iaitu keberagaman, perdamaian, dan kemanusiaan.

    “Ini bukan hanya sebuah pertunjukan. Ini adalah ruang suci untuk mengenang, merenung, dan merayakan nilai-nilai yang Glenn tinggalkan.

    “Inilah masa untuk kita meraikan cinta yang menyatukan, musik yang menyembuhkan, dan pesan damai yang abadi,” katanya.

    Tidak sekadar menghidupkan hologram semata-mata, konsert ini turut disertai isteri Glenn Fredly iaitu Mutia Ayu, Ryan D’Masiv dan penampilan Noh Salleh serta Nadira Adnan.

    Mereka akan bergabung bersama The Bakuucakar, band pengiring asal Glenn Fredly sekali gus menyatukan cinta dan harmoni dalam sebuah tribute yang intim.

    Bukan sekadar hiburan, konsert ini akan menjadi tonggak sejarah dunia muzik Asia Tenggara dan bukti bahwa teknologi boleh menjadi jambatan antara kenangan.

    Peminat yang berminat boleh membeli tiket konsert berkenaan di laman web Ticket2U dengan harga serendah RM188. – Agensi

    Konsert Glenn Fredly bakal diadakan di Zepp KL menggunakan teknologi hologram. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda