Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert muzik dalam air cipta satu keunikan

    AARHUS, Denmark – Bercakap mengenai tiun cecair: Sebuah kumpulan pemuzik inovatif dari Denmark telah menenggelamkan diri seperti ikan dalam sebuah akuarium untuk persembahan konsert di dalam air dengan menggunakan instrumen-instrumen khas sesuai digunakan di tempat itu.

    Di pusat bandar Denmark, Aarhus, sebuah dewan konsert Godsbanen kelihatan seperti kolam ikan berbanding sebuah set muzik, dengan mempunyai objek-objek yang pelbagai di dalam tangki air seperti kanister, tiub, paip dan lain-lain lagi.

    Seorang demi seorang, lima anggota dari kumpulan Between Music – Laila, Robert, Morten, Dea Maria dan Nanna – memasuki tangki air kaca itu secara individu bagi projek terbaru mereka AquaSonic, di mana mereka bermain biola, simbal, alat crystallophone dengan mempunyai pedal dan alat hurdy gurdy.

    Hidrofon, atau mikrofon khas yang boleh menangkap bunyi muzik di dalam air, menguatkan lagi gelombang bunyi, dan menghasilkan bunyi yang menyerupai dengan bunyi ikan paus.

    Perintis dalam bidang muzik akuatik, Laila Skovmand memakai beberapa topi dan pakaian seragamnya: Beliau adalah pengarah seni, pencipta muzik dan penulis lirik, dan juga seorang vokalis. Beliau bernyanyi di dalam dua permukaan iaitu di dalam air dan permukaan air. Seperti sebuah siren, bibir beliau berada dalam paras air, Skovmand kemudiannya mengeluarkan bunyi-bunyian yang menakjubkan.

    Sekumpulan dari Between Music melakukan latihan persembahan mereka di dalam tangki kaca air dengan menggunakan instrumen-instrumen khas menjelang konsert air AquaSonic di Aarhus, Denmark. – AFP
    Sekumpulan dari Between Music melakukan latihan persembahan mereka di dalam tangki kaca air dengan menggunakan instrumen-instrumen khas menjelang konsert air AquaSonic di Aarhus, Denmark. – AFP

    “Saya seorang penyanyi yang berpendidikan dan saya mahu untuk meneroka lagu-lagu baru. Saya mendapat idea ini apabila saya bernyanyi di permukaan air, saya mendapati adanya variasi suara, dan sedikit lambat, jadi saya mencubanya,” jelas beliau.

    Kumpulan itu bekerjasama dengan jurutera-jurutera dan pembuat alat muzik untuk membangunkan instrumen tahan air yang menghasilkan bunyi-bunyian atau harmoni yang indah dihasilkan oleh Skovmand.

    “Terdapat banyak batasan dalam muzik. Dan terdapat juga alat-alat yang tidak dapat dimainkan oleh sebab kesukarannya untuk dimainkan di dalam air, kepayahan dalam menghasilkan bunyi, tetapi saya berfikir bahawa apa yang boleh dimainkan di dalam air adalah sejenis irama bunyi khas yang tidak dapat dikeluarkan melalui udara,” katanya.

    Kesan yang terhasil adalah seperti bunyi irama meditasi Tibet.

    Apabila air membawa bunyi-bunyian itu, ia menyebabkan gerakan suara dan bunyi yang dihasilkan tidak sekata: kesannya adalah seperti memainkan lagu Pink Floyd atau Jean-Michel Jarre dalam gerak perlahan.

    Pemuzik Robert Karlsson memainkan biola – diperbuat daripada gentian karbon – dan alat crystallophone, sebuah alat yang berkait rapat dengan harmonika kaca yang dicipta oleh Benjamin Franklin.

    Nanna Bech melakukan persembahan dengan menggunakan alat rotacorda, sebuah instrumen yang diilhamkan dari alat tradisional Byzantine gurdy hurdy. Ia mempunyai enam tali keluli tahan karat yang boleh menghasilkan bunyi sama ada dengan menarik tali alat itu atau menggerak-gerakkannya dengan jari.

    “Ia adalah satu-satunya di dunia, jadi saya tidak mempunyai guru. Dan itu sangat memalukan!,” katanya sambil berjenaka. Skovmand juga memainkan alat hydraulophone.

    Konsert air AquaSonic membawa para penonton untuk menikmati persembahan yang unik dan memukau. – AFP
    Konsert air AquaSonic membawa para penonton untuk menikmati persembahan yang unik dan memukau. – AFP
    Lima anggota pemuzik itu menenggelamkan diri mereka dalam tangki kaca air dengan menggunakan instrument-instrumen khas mereka dan melakukan keseluruhan persembahan di dalam air. – AFP
    Lima anggota pemuzik itu menenggelamkan diri mereka dalam tangki kaca air dengan menggunakan instrument-instrumen khas mereka dan melakukan keseluruhan persembahan di dalam air. – AFP

    “Kami ingin menunjukkan bahawa sesuatu yang mustahil boleh dilakukan, untuk mencari elemen baru dalam seni muzik yang dihasilkan secara langsung,” kata Karlsson.

    Kumpulan ini menghabiskan keseluruhan persembahan mereka di dalam air, dan kerap ke permukaan air sebagai sebahagian daripada koreografi mereka dan juga untuk mengambil nafas. Menjelang konsert Aarhus baru-baru ini, mereka telah membuat latihan selama enam jam di dalam tangki tersebut bagi persediaan persembahan 50 minit mereka. Air itu telah diletakkan pada 37 darjah Clesius (98.6 Fahrenheit).

    “Kami melakukan beberapa latihan menyelam, berlatih untuk menahan nafas semasa berada di dalam air,” jelas Bech.

    Dan dia telah membangunkan teknik khas untuk menyanyi di bawah air.

    “Saya tidak boleh membiarkan gelembung udara keluar dari mulut saya, kerana ia akan menjadi buih (di dalam air) dan ia menyebabkan bunyi yang bising di dalam air. Jadi saya hanya membuat nota-nota ringkas.”

    Bagi Karlsson, menghasilkan muzik di dalam air adalah satu ‘kuasa’ ajaib buat beliau.

    “Saya sebenarnya tidak begitu gemar kepada air secara peribadi. Saya dapat merasakan tanda-tanda claustrophobic di dalam sebuah tab mandi. Entah bagaimana apabila saya masuk ke dalam tangki ini dan memainkan alat muzik ini, saya merasa tenang dan selamat,” katanya.

    Kumpulan Between Music sedang menjalankan persembahan AquaSonic di seluruh Eropah. Selepas ia mula-mula dipersembahkan di Rotterdam tahun lepas, dan kumpulan itu kini mengadakan persembahan di Denmark, dan akan mengambil bahagian dalam Festival Antarabangsa Diaghilev di Perm, Rusia pada bulan Mei ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda