Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert N Flying di Malaysia pada awal Disember

    Impian peminat menyaksikan kumpulan N Flying beraksi buat kali pertama di Malaysia bakal menjadi kenyataan pada 1 Disember depan.

    Memetik kenyataan mStar, N Flying akan menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur menerusi konsert 2024 N Flying Live Hide-Out anjuran More Entertainment.

    Terdiri daripada lima anggota, penampilan untuk konsert kali ini bagaimanapun tidak disertai pemain drum mereka iaitu Kim Jae Hyun yang masih dalam latihan khidmat tentera.

    Walaupun tanpa Jae Hyun, ia tidak mematahkan semangat N Flying untuk memberikan persembahan luar biasa buat peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai N Fia.

    Selain Jae Hyun, kumpulan itu turut dianggotai Lee Seung Hyub (vokalis), Yoo Hwe Seung (vokalis), Cha Hun (gitar) dan Seo Dong Sung (bass).

    Mula ditubuhkan pada 2015 menerusi album Awesome, nama N Flying terus melonjak menerusi lagu-lagu hits seperti Rooftop, Good Bam dan Oh Really. – Agensi

    Meskipun tampil berempat, N.Flying menjanjikan penampilan luar biasa. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda