Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Konsert ‘Nurkasih’ ubat rindu peminat

    Selepas kejayaan Konsert Slam Menteri Muncul Lagi, kumpulan itu sekali lagi mengubati rindu peminat dengan menganjurkan konsert Nurkasih yang bakal diadakan pada 6 Ogos depan di Zepp Kuala Lumpur.

    Kumpulan Slam dianggotai Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man berharap peminat terus memberikan sokongan padu dengan hadir menyaksikan konsert kali ini.

    Tambahan pula, seleksi lagu mereka seperti Nurkasih, Gerimis mengundang, Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, dan Rindiani masih menjadi siulan kelompok usia sehingga kini.

    “Kami berharap peminat Slam akan terus memberi sokongan kepada kami dan juga konsert Nurkasih,” katanya.

    Dalam konsert berkenaan, Slam berjanji akan menggamit kenangan peminat dengan menyampaikan sekitar 18 hingga 20 lagu hits mereka.

    Bukan sahaja berhibur, peminat juga turut berpeluang meluangkan masa bersama kumpulan kesayangan ramai itu.

    Difahamkan tiket termahal konsert tersebut juga telah terjual sejak hari pertama jualan dibuka pada 5 Mei lalu menerusi laman web rasmi mereka.

    Konsert kali ini dibawakan oleh AVG & WMD selaku penganjur utama, manakala Belbis selaku rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik bagi konsert tersebut. – Agensi

    Kumpulan Slam berharap peminat akan terus memberikan sokongan padu dengan hadir menyaksikan konsert Nurkasih.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -