Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert solo Aisha Retno dibatalkan

    Impian penyanyi Aisha Retno untuk mengadakan persembahan solo pertamanya pada 16 November ini musnah apabila pihak penganjur membatalkan konsert Aisha Retno Malam Sutera.

    Pihak penganjur iaitu Kharisma Music International menjelaskan pembatalan itu disebabkan jualan tiket konsert yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu tidak mendapat sambutan pembeli.

    “Kami dengan dukacita mengumumkan konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 di Zepp Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan atas sebab jualan tiket yang rendah.

    “Pihak pengurusan artis juga tidak bercadang untuk menangguhkan konsert tersebut.

    “Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Keputusan ini bukanlah dibuat tanpa berfikir panjang. Terima kasih kerana memahami,” kata kenyataan dikeluarkan syarikat berkenaan pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Kharisma Music International memberitahu peminat yang sudah membeli tiket akan menerima e-mel daripada Ticket2u untuk proses pemulangan semula wang yang mengambil masa tujuh hingga 14 hari.

    Sementara itu, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam , 24, memberitahu akan menceritakan pembatalan konsert pertamanya tidak lama lagi.

    “Nanti saya akan ceritakan semuanya. Jalan terus walaupun sakit,” ujarnya menerusi hantaran di Instastory miliknya.

    Usaha mStar mendapatkan maklum balas Aisha mengenai pembatalan konsert berkenaan gagal selepas panggilan dan mesej dihantar tidak dibalas penyanyi tersebut. – Agensi

    Konsert solo pertama Aisha terpaksa dibatalkan oleh pihak penganjur. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda