Sunday, September 29, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert solo Mawi ibarat bulan jatuh ke riba

    Pengalaman misteri hingga seolah-olah ‘mati’ dalam tempoh 15 minit akibat terkena sihir membuatkan penyanyi, pengarah dan penyampai radio, Mawi seperti mati hidup semula.

    Pernah berkongsi kisah menakutkan di podcast dan majlis ilmu yang dihadirinya, pemilik nama lengkap Asmawi Ani itu mengakui kejadian hampir sedekad lalu membawa perubahan besar dalam hidup dari segi kerjaya.

    “Sebelum terkena penyakit mistik, saya pernah terfikir nak tinggalkan bidang seni. Keluarga ada juga meminta melakukan perkara sama.

    “Namun, saya seperti dilahirkan semula selepas insiden ini. Saya mula terfikir buat skrip dan terbitkan filem. Kalau menyanyi pun, saya nak nyanyi lagu ciptaan sendiri sahaja.

    “Dalam nak tinggalkan bidang seni, tiba-tiba tawaran buat persembahan makin banyak.

    “Saya dapat banyak undangan untuk buat persembahan di masjid, surau dan universiti. Saya juga sering dijemput ke majlis ilmu untuk berkongsi pengalaman,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live In Kuala Lumpur di sebuah hotel di Bangi, baru-baru ini.

    Konsert dianjurkan sempena dua dekad pembabitan Mawi dalam bidang seni itu bakal menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Januari tahun depan, lapor BH Online.

    Dalam perkembangan lain, bekas juara Akademi Fantasia 3 itu memaklumkan darah seni yang mengalir dalam diri diwarisi anak tunggalnya, Cahaya Malaika yang kini berusia 12 tahun. – Agensi

    Mawi tampil dengan Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live In Kuala Lumpur di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Januari tahun depan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda