ISTANBUL, 18 Okt – Sepasukan penyiasat Turki membuat pengeledahan di konsulat Arab Saudi di Istanbul buat kali kedua sebagai sebahagian daripada siasatan kehilangan wartawan Jamal Khashoggi, menurut wartawan AFP.
Polis Turki telah menjalankan pencarian di kediaman konsul Arab Saudi ke Istanbul, Mohammed al-Otaibi, sehari selepas dia meninggalkan Istanbul menuju ke Riyadh.
Pegawai Turki berkata bahawa mereka percaya Khashoggi dibunuh di konsulat itu meskipun ia masih belum disahkan oleh Arab Saudi.
Kira-kira 4:40 pm, sepasukan polis dan pendakwa raya, termasuk pakar forensik berpakaian serba putih telah memasuki kediaman konsul, yang berada di konsulat itu ketika pembunuhan Khashoggi terjadi, menurut media Turki.
Para penyiasat memeriksa kawasan taman dan beberapa orang lagi dilihat berada di bumbung bangunan. Sebuah dron juga digunakan di atas bangunan, menurut seorang wartawan AFP di tempat kejadian.
Para penyiasat meninggalkan konsulat itu kira-kira jam 1:30 pagi, namun sebahagian mereka menuju ke kawasan berdekatan konsulat bagi membuat pencarian, yang berterusan sehingga awal pagi hari ini. – AFP
