Oleh Ak Zaki Kasharan – BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – CMED Enterprise, sebuah klinik perubatan tradisional Cina yang terletak di Medan Tanjung Bunut, menyediakan konsultasi perubatan percuma bermula kelmarin. Perjumpaan bersama pakar perubatan tradisional Cina secara percuma itu bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang perubatan tradisional Cina untuk mengatasi atau mendiagnosis penyakit. Pakar perubatan tradisional

