Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Konsultasi Skim Persaraan Kebangsaan mulai 21 Februari

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Ahli-ahli Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang berusia 50 hingga 59 tahun yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Persaraan Kebangsaan (SPK), boleh menghadiri sesi konsultasi yang akan diadakan di Dewan Sepakat 4, Pusat Persidangan Antarabangsa bermula 21 Februari nanti.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TAP, di sini, sesi konsultasi berkenaan adalah bagi ahli-ahli TAP yang berumur antara 50 hingga 59 tahun di mana pada sesi itu, mereka akan diterangkan mengenai anuiti bulanan yang akan diterima semasa bersara serta simpanan SPK ahli.Dalam hubungan itu, ahli-ahli TAP boleh menempah slot konsultasi dengan mengimbas kod QR atau melayari pautan https://booking.tap.com.bn/spkbooking/ atau menerusi pusat panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...