JAKARTA, 30 JULAI – Indonesia sudah mengembalikan tujuh kontena perkapalan sampah diimport secara haram kembali Perancis dan Hong Kong, menurut pegawai hari ini, menandakan langkah terbaharu oleh sebuah negara Asia Tenggara menghantar semua sampah ke tempat asalnya.
Kontena-kontena tersebut dipenuhi dengan kombinasi sampah, sisa plastik dan bahan membahayakan yang melanggar peraturan import, menurut pegawai kastam di Pulau Batam, berhampiran Singapura. “Kontena itu berlepas pada Isnin dan beberapa pegawai melihat kapal itu berlayar pergi,” ketua pegawai kastam, Susila Brata memberitahu AFP hari ini.
Pihak berkuasa masih menunggu pengesahan untuk mengembalikan 42 kontena buangan sampah di pelabuhan, termasuk penghantaran dari Amerika Syarikat, Australia dan Jerman. – AFP