Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konti radio tempat pertemuan pertama Bella dan Syed Saddiq

    Rupa-rupanya pelakon Malaysia, Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq sudah berkenalan sejak tiga tahun lalu.

    Menurut mStar, mengimbau perkenalan mereka, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, berkata, konti sebuah stesen radio menjadi lokasi pertemuan pertama mereka.

    Malah cerita Bella, Syed Saddiq yang mula-mula menegur dan menghulurkan salam perkenalan di antara mereka.

    “Kenal tiga tahun lalu, masa itu dekat konti radio.

    “Saya tengah duduk, YB (panggilan Syed Saddiq) lalu. Waktu sedang main telefon, YB tegur.

    “Saya terus bangun dan tunduk. YB tanya saya sihat ke? Lepas itu biasalah, soalan-soalan YB,” katanya.

    Bella berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya kelmarin.

    Bercerita lanjut mengenai Syed Saddiq, Bella menyifatkan ahli politik itu seorang merendah diri dan tidak meninggi diri.

    Malah kata Bella, dia mengagumi sikap Syed Saddiq yang mengutamakan tetamu walaupun berada dalam keadaan penat.

    “YB memang tak sombong, dia seorang yang sangat merendah diri walaupun kadang-kadang dia penat tapi dia masih layan orang,” ujarnya.

    Hubungan Bella dan Syed Saddiq dilihat mula rapat apabila mereka sama-sama mendaki Gunung Kinabalu di Sabah pada Januari lalu.

    Syed Saddiq kemudiannya membuat kejutan pada hari jadi Bella pada Mac lalu yang menguatkan lagi kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa. – Agensi

    Sudah tiga tahun Bella dan Syed Saddiq berkenalan. – SG
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda