Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen asing ‘segera’ tinggalkan India

    NEW DELHI, 30 APRIL – Pemain asing dan kakitangan FC Goa akan meninggalkan India ‘segera’, kata kelab itu semalam, ketika semakin banyak negara mengenakan larangan kepada pelancong kerana lonjakan kes COVID-19.

    Negara Asia Selatan yang berjumlah 1.3 bilion penduduk mencatat rekod tertinggi yang telah menyaksikan lebih daripada 2.4 juta jangkitan sejak tujuh hari terakhir.

    Kakitangan asing itu dibenarkan keluar menjelang perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Asia FC Goa menentang Al Wahda UAE di Goa Khamis ini.

    “Walaupun Liga Juara-Juara AFC tetap menjadi persaingan penting bagi FC Goa, pengurusan kelab merasakan bahawa keselamatan para pemain menjadi tanggungjawab utama dan terpenting,” kata pasukan Liga Super India dalam satu kenyataan.

    “Ia muncul sebagai langkah pencegahan berikutan dasar baharu oleh negara-negara Eropah dan negara lain mengenai pelancong dari India.”

    Kontinjen asing FC Goa itu termasuk ketua jurulatih Juan Ferrando, pemain Sepanyol, Edu Bedia, Ivan Gonzalez dan Jorge Ortiz dan pemain Australia, James Donachie. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda