Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kontinjen berlepas ke Thailand

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Persekutuan Olahraga Negara Brunei Darussalam (BDAF) pagi tadi telah menghantar kontinjen terdiri daripada lapan orang termasuk pegawai BDAF dan jurulatih atlet belia ke Kejohanan Olahraga Belia SEA ke-15 2023 yang akan berlangsung mulai 7 hingga 9 Disember di Pathum Thani, Bangkok, Thailand.

    Enam atlet remaja yang akan bertanding dalam acara larian dan kategori masing-masing ialah Ameer Jazli bin Azlan akan menyertai larian 100m, Adam bin Burhan 100m, Mohd Darwish Ikhwan bin Zulfadhli Hakimin 200m, Mohammad Amirol Hakiem bin Yussal 400m, Mohd Nurirfan bin Mohd Aarafah 1,500m dan Abdullah Abbas bin Awang Abdullah 3,000m.
    Hadir mengucapkan selamat belayar ialah Naib Presiden BDAF, Haji Mohammad Azrin bin Haji Aji, setiausaha agung serta ahli-ahli BDAF, jurulatih dan atlet.

    Pada majlis tersebut, Haji Mohammad Azrin memberikan kata-kata semangat kepada atlet diikuti dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon perlindungan, keselamatan, kesihatan dan keberkatan daripada Allah SWT agar para atlet dapat bertanding dengan jayanya. Majlis diakhiri dengan bergambar ramai.

    Kontinjen Brunei bergambar ramai sebelum berlepas ke Thailand. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...