Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen Brunei bersedia ke ASG14

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Kementerian Pendidikan melalui Sekretariat Kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi kontinjen negara ke ASG14 yang berlangsung di Atrium Sekolah Sukan, kelmarin.

    Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 (ASG14) Tahun 2025 akan diadakan di Negara Brunei Darussalam bermula pada 20 November hingga 28 November.

    Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyempurnakan penyerahan bendera kepada kontinjen negara, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh.

    YB Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah
    menyempurnakan penyerahan bendera negara kepada Awang Mohammad Norilham.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan ucapan dari Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat selaku Pengerusi Majlis dan Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD).

    Majlis diteruskan dengan penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais selaku Chef de Mission, disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah.

    Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra Yang Berhormat Datin bersama pegawai-pegawai kontinjen dan atlet-pelajar untuk memberikan kata-kata semangat semasa kejohanan berkenaan.

    YB Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah beramah-mesara serta memberikan kata-kata semangat kepada para atlet kontinjen. – GAMBAR-GAMBAR OLEH JAMES KON

    Turut hadir semasa majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji

    Tajuddin, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Kejohanan ASG14 akan diadakan pada 20 November hingga 28 November dengan

    penyertaan dari 10 buah negara terdiri dari Negara Brunei Darussalam sebagai tuan rumah kejohanan, Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia, Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand dan Vietnam akan berentap pada kejohanan itu nanti.

    Sebanyak lapan acara sukan akan dipertandingkan iaitu Badminton, Bola Keranjang, Olahraga, Renang, Bola Jaring, Pencak Silat, Sepak Takraw dan Wushu

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda