Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen Brunei huni tempat kedua

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Kontinjen dari Brunei Darussalam, Pasukan SPTB 1 berjaya mendapat tempat kedua dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) ke-8 yang diadakan di Teluk Likas pada 17 dan 18 Jun lalu.

    Pasukan itu memenangi hadiah wang bernilai RM2,000 dan pingat untuk setiap daripada dua kategori yang di-sertai, iaitu kategori 12 pendayung 200 meter dan kategori 20 pendayung 800 meter.

    Kontinjen negara diwakili 150 pendayung daripada lima pasukan iaitu Pasukan Lela Cheteria, Pasukan Juragan Sungai Bunga Brunei Darussalam, Pasukan Daerah Tutong, Pasukan Juang dan Pasukan SPTB 1.

    Dianjurkan oleh FCAS bersempena dengan Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan ke-38, perlumbaan tersebut diadakan bersama aktiviti lain termasuk Larian Obor Teluk Likas dan persembahan kebudayaan seperti tarian naga oleh kumpulan tarian naga dan singa tempatan.

    Gambar ramai kontinjen Brunei Darussalam semasa perlumbaan tersebut, baru-baru ini. – Gambar serahan Irwan Rino
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda