Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen E-Sports, Catur berlepas ke SUKMA XXI

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Kontinjen dari Negara Brunei Darussalam terdiri dari lapan orang untuk E-Sports termasuk jurulatih dan atlet serta dua orang untuk atlet sukan Catur dan jurulatih telah berlepas ke Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) di Kuching, Sarawak kelmarin.

    Hadir bagi mengucapkan selamat belayar serta memberikan kata-kata nasihat kepada kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Pengiran Mohammad Amirrizal memberi kata-kata semangat kepada para atlet negara.

    Pertandingan sukan E-Sports akan bermula pada 20 Ogos 2024 bertempat di Swinburne University, Kuching. Manakala sukan Catur akan bermula juga pada 20 Ogos 2024 bertempat di Dewan Jubli UiTM Samarahan, Kota Samarahan.

    Turut hadir ialah Dayang Hajah Noor Maslina binti Haji Sulaiman, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.

    Gambar ramai kontinjen E-Sports dan Catur bersama Dayang Hajah Noor Maslina dan Pengiran Mohammad Amirrizal. – GAMBAR SERAHAN KBS

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda