Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen Karate berlepas sertai SUKMA XXI

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Seramai 12 orang ahli kontinjen yang terdiri daripada atlet sukan karate, pegawai perubatan dan fisioterapi mewakili Negara Brunei Darussalam pagi tadi berlepas ke Miri, Sarawak untuk menyertai kejohanan Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI).

    Hadir untuk mengucapkan selamat berlepas di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas ialah Awang Haji Zakaria bin Haji Serudi, Setiausaha Tetap (Kebeliaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi mengucapkan selamat jalan serta memberi kata nasihat kepada kontinjen negara.

    Hadir sama ialah Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan serta Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.

    Acara karate akan bermula pada 17 Ogos bertempat di Dewan IKBN, Miri, Sarawak

    Rombongan seterusnya juga akan bertolak ke Kuching, Sarawak pada hari ini.

    Gambar ramai kontinjen bersama Awang Haji Zakaria. – GAMBAR SERAHAN KBS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda