Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Seramai enam orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada dua orang jurulatih dan empat orang atlet karate yang menyertai kejohanan Sukan Asia Ke-19 2022 telah berlepas meninggalkan negara pada hari ini.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan nasihat serta kata-kata semangat ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.
Hadir sama berada di LTAB ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kontinjen karate negara tersebut terdiri daripada Haji Okida Simangasing (Jurulatih-Karate-Kumite); Anggoro Bayu Pratama (Jurulatih-Karate-Kata); Muhd Harith bin Dahlan (Atlet-Kumite), Farhah Syahirah binti Mohd Shamrin (Atlet-Kata); Rodhyatul Adhwanna binti Bakar (Atlet-Kata); dan Farhana Najeeha binti Abdul Rahman (Atlet-Kata).
Kejohanan Sukan Asia Ke-19 2022, yang berlangsung pada 23 September 2023 yang lepas sehingga 8 Oktober 2023 depan di Hangzhou, China.