Sunday, June 30, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Kontinjen kemahiran antarabangsa negara selamat tiba di tanah air

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang telah menyertai Pertandingan Kemahiran Antarabangsa Belt and Road Kedua yang diadakan di Chongqing, Republik Rakyat China, telah selamat tiba di Negara Brunei Darussalam, kelmarin.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen Brunei ialah Pengarah Pendidikan Teknik/ Ketua Pegawai Eksektif IBTE, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli serta pegawai-pegawai Urusan Tertinggi dan pegawai-pegawai IBTE.

    Dalam pertandingan berkenaan, tiga orang penuntut dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah mengambil bahagian dalam tiga bidang kemahiran di pertandingan berkenaan di mana mereka berjaya untuk merangkul beberapa pingat.

    Pingat emas bagi bidang kemahiran ‘Internet Marketing’ telah berjaya diraih oleh Mohammad Adiman bin Sezeli, penuntut dari IBTE Sekolah Infokomunikasi dan Teknologi.

    Sementara pingat gangsa bagi bidang kemahiran ‘Coffee Making’ telah dimenangi oleh Mohd Amirul Azim bin Mohd Manan, penuntut dari IBTE Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan.

    Manakala dalam bidang kemahiran ‘Information Network Cabling’, Mohammad Dinie Daim bin Suhainin, penuntut dari IBTE Sekolah Penerbangan telah berjaya meraih anugerah ‘Best Newcomer’.

     Pertandingan Kemahiran Antrabangsa Belt and Road Kedua, 2024 membawa tema, Skill Cooperation, Joint Development di mana ia telah diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Chongqing, Republik Rakyat China, bermula dari 24 Jun hingga 26 Jun.

    Dr Haji Mohd Zamri bergambar-ramai dengan kontinjen Negara Brunei Darussalam yang selamat tiba setelah menyertai Pertandingan Kemahiran Antarabangsa Belt and Road Kedua, baru-baru ini. – Gambar serahan IBTE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...