Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen MALBATT selamat tiba di Malaysia

    SUBANG, MALAYSIA, 8 NOV – Penerbangan pertama bagi kepulangan kontinjen Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 bagi Misi Pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang terdiri daripada 196 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 10 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya Mohammad Iqbal bin Awang Sidik, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah selamat tiba di Pangkalan Udara Subang, Malaysia pagi ini.

    Hadir bagi mengalu-alukan kepulangan kontinjen tersebut ialah Penolong Ketua Staf J3, Markas Angkatan Bersama ATM (PKS J3 MAB ATM), Mejar Jeneral Dato’ Tong Veng Leong.

    Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, pegawai-pegawai kanan ATM serta ahli-ahli keluarga kontinjen MALBATT 850-11.

    Upacara perbarisan berlangsung sejurus pesawat mendarat yang dimulai dengan tabik hormat daripada kontinjen dan diikuti dengan lagu ATM serta ucapan daripada PKS J3 MAB ATM. Seruan ‘Gempur Wira’ mengakhiri perbarisan dan disusuli dengan bacaan doa.

    Penerbangan kepulangan bagi MALBATT 850-11 yang seterusnya terdiri daripada 206 anggota ATM dan lapan anggota ABDB akan dijadualkan berlepas dari Lubnan ke Malaysia pada 11 November ini.

    Kesemua anggota akan ditempatkan di MALBATT Village, Port Dickson terlebih dahulu sehingga keseluruhan anggota MALBATT 850-11 kembali ke Malaysia.

    Anggota kontinjen bersalaman selepas turun dari pesawat. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Mejar Jeneral Dato’ Tong Veng Leong hadir mengalu-alukan kepulangan kontinjen di Pangkalan Udara Subang, Malaysia. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bergambar ramai bersama kontinjen dari Brunei. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda