Tuesday, November 19, 2024
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen MSSSBD berlepas ke Da Nang

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Kontinjen Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD) yang terdiri daripada atlet pelajar dan pegawai serta kakitangan telah berlepas ke Da Nang, Vietnam, hari ini, untuk menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN (ASG) ke-13, 2024.

    Kontinjen berkenaan telah diketuai oleh Ketua Kontinjen (Chef-de-Mission) MSSSBD dan Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Haji Mohamad @Mohamat di mana kontinjen akan mengambil bahagian dalam lima sukan iaitu olahraga, badminton, bola keranjang, renang dan pencak silat.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar dan memberikan kata-kata nasihat kepada para kontinjen ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Chin Wei Keh.

    Sebelum kontinjen berlepas, bacaan Doa Selamat telah dipimpin oleh Pegawai Pelajaran dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Muhammad Samira Razin bin Abdullah Sambut.

    ASG ke-13 akan berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 9 Jun.

    Kejohanan itu merupakan sebuah platform yang tertinggi di rantau ini bagi para pelajar untuk bersaing dalam bidang sukan di samping menyediakan ruang dan peluang yang baik bagi mereka untuk mengukuhkan hubungan persahabatan serta kerjasama antara satu sama yang lain.

    Dr Chin Wei Keh bergambar ramai dengan kontinjen MSSSBD yang berlepas meninggalkan negara untuk menyertai ASG ke-13, 2024 di Da Nang, Vietnam. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda