Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen negara berlepas ke Kemboja

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Kumpulan pertama kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-32 berlepas ke Phnom Penh, Kemboja bagi menyertai sukan lumba berhalangan yang akan dipertandingkan semasa acara sukan tersebut.

    Kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang itu terdiri daripada seorang pengurus, lima orang atlet dan seorang pegawai perubatan di mana pertandingan lumba berhalangan akan bermula lebih awal iaitu pada 3 Mei di Chory Changvar Covention Centre-Car Park.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar kepada pegawai dan atlet berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Turut hadir ialah Chef de Mission Sukan SEA ke-32, Dayang Zainab binti Haji Morsidi, Penolong Chef de Mission, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, pegawai-pegawai kanan KKBS serta keluarga para pegawai dan atlet kontinjen Negara Brunei Darussalam.

    Sebelum berlepas, Pengiran Mohd Amirrizal berpeluang untuk beramah-mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada atlet yang bakal beraksi mewakili negara.

    Pengiran Mohd Amirrizal dan kontinjen negara bergambar ramai sebelum berlepas ke Phnom Penh, Kemboja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda