Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Pasukan Angkat Berat telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas menyertai Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China.
Dua orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam tersebut ialah jurulatih, Muhammad Hadi Dinie bin Abdul Rahman dan atlet angkat berat, Dayang Jurelena binti Juna.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen berkenaan ialah Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, Dayang Zainab binti Haji Morshidi.
Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
