Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kontinjen negara kembali ke tanah air

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Pasukan Sepak Takraw Kebangsaan Brunei Darussalam telah kembali ke negara ini pada petang tadi selepas menyertai kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu.

    Kontinjen negara diketuai oleh Haji Ibrahim bin Mamun selaku pengurus pasukan.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi menyambut ketibaan kontinjen berkenaan ialah ahli jawatankuasa Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) yang terdiri daripada Timbalan Presiden, Haji Mohd Noor bin Haji Hamid, Haji Mohd Yusof bin Haji Tuah dan Awang Roslin bin Haji Tarak.

    Meskipun kontinjen negara gagal meraih sebarang pingat, pengalaman yang diperoleh adalah sangat berharga sekali gus dapat menimba ilmu dan memperbaiki kelemahan dalam permainan sepak takraw setelah berdepan dengan pasukan dari negara-negara yang lebih berpengalaman seperti Malaysia dan Thailand.

    Kontinjen negara dijangka akan menyertai Piala Raja Thai yang dijadualkan berlangsung pada September nanti di Thailand.

    Ahli jawatankuasa PESTABARU bergambar ramai semasa menyambut kepulangan kontinjen negara di LTAB. – GAMBAR SERAHAN ROSLIN BIN HAJI TARAK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...