Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen negara sapu pingat perak, gangsa

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Kontinjen Kementerian Pendidikan melalui Sekolah Sukan berjaya merangkul lima pingat perak dan tiga pingat gangsa dalam acara Thailand Sports School Games ke-24, Lamphang Province Thailand 2023 yang berlangsung di Thailand pada 19 hingga 26 Julai.

    Kontinjen Sekolah Sukan yang kembali ke tanah air, hari ini, disertai oleh tujuh pelajar terdiri daripada pasukan pencak silat dan pasukan karate yang diketuai oleh Chef de Mission selaku Guru Kanan Sukan Sekolah Sukan, Awang Mohammad Helme bin Panjang yang turut disertai oleh seorang pegawai pendamping, pegawai perubatan dan dua orang jurulatih.

    Hadir bagi menyambut ketibaan kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Sekolah-sekolah dan Pengetua Sekolah Sukan.

    Kontinjen berkenaan berjaya memperoleh lima pingat perak dalam sukan pencak silat melalui Dayang Fatin Hazirah binti Muhidi bagi acara Tanding Kategori A Wanita, Dayang Nur Fatin Marzuqah binti Abdullah Asrizal bagi acara Tanding Kategori C Wanita, Awang Muhd Azinuddin bin Mohd Azree bagi acara Tanding Kategori B Lelaki, Awang Muhd Firdaus bin Muhidi bagi acara Tanding Kategori C Lelaki dan sukan karate bagi acara Kumite Bawah 16 Tahun (Kategori-52kg) melalui Awang Muhd Haneef bin Metassan.

    Manakala tiga pingat gangsa pula berjaya diraih dalam sukan karate melalui Awang Mohd Zul Fahmi bin Roslan bagi acara Kumite Bawah 16 Tahun (Kategori-57kg) dan dua pingat melalui Awangku Mohd Khalil bin Pengiran Kamarul Zaman bagi acara Kumite Bawah 16 Tahun (Kategori +68kg) dan Team Kumite Bawah 16 Tahun.

    Kontinjen Sekolah Sukan yang berjaya merangkul lima pingat perak dan tiga pingat gangsa kembali ke Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda