Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen negara selamat kembali

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Lima orang ahli Kontinjen Brunei Darussalam yang terdiri daripada chef de mission, pegawai urus setia, pegawai perubatan telah pulang ke Negara Brunei Darussalam selepas Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China yang berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober lalu.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi menyambut ketibaan kontinjen negara ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Pada temasya Sukan Asia kali ini, kontinjen negara berjaya meraih satu pingat perak melalui Basma Lachkar bagi acara Taijiquan dan Taijijian Wanita dan satu pingat gangsa bersama melalui Farhah Syahirah binti Mohd Shamrin, Rodyatul Adhwanna binti Bakar dan Farhana Najeha binti Abdul Rahman bagi acara Kata Berpasukan Wanita.

    Kontinjen Brunei Darussalam telah diketuai oleh Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim selaku chef de mission.

    Gambar ramai semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar serahan Jabatan Belia dan Sukan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda