Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen negara sertai WorldSkills Asia kedua di Abu Dhabi

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Kontinjen Negara Brunei Darussalam, hari ini berlepas meninggalkan negara ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu untuk mengikuti WorldSkills Asia kali kedua.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah Pengarah Pendidikan Teknik dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli.

    Kontinjen berkenaan dikepalai oleh Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik), Haji Norjemee bin Jenek dan disertai oleh perwakilan teknikal dan pakar-pakar bidang kemahiran.

    Pertandingan akan diadakan di Abu Dhabi National Exhibition Center (ADNEC) Abu Dhabi, Emiriah Arah Bersatu bermula hari ini hingga 2 Disember di mana IBTE akan bertanding dalam dua bidang kemahiran iaitu Refrigeration and Air-Conditioning yang akan diwakili oleh Awang Muhammad Airul Haziq bin Haji Metussin dan IT Software Solution for Business yang diwakili oleh Awang Muhammad Syahmi bin Iswandy.

    WorldSkills Asia bertujuan untuk menyediakan platform yang unik bagi para pembuat dasar Asia, pendidik, rakan industri, dan organisasi untuk berkumpul dan bertukar-tukar fikiran dan idea mengenai inovasi, pendidikan teknikal dan vokasional dan kolaborasi.

    Pertandingan tersebut juga dapat membuka lebih banyak lagi peluang dalam TVET di Asia untuk golongan muda, majikan, dan masyarakat.

    Di samping itu, ia dapat meningkatkan kualiti TVET di Asia dengan mengeratkan lagi hubungan antara tenaga kerja, pasaran, majikan dan ekonomi.

    Dr Haji Mohd Zamri bergambar ramai bersama kontinjen di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Abu Dhabi. – GAMBAR SERAHAN IBTE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda